Logo SMSKS

Penegasan Logo

Keseluruhan lencana menegaskan kepentingan kurikulum , kokurikulum dan sahsiah diri yang seiring ke arah merialisasikan Wawasan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Sekolah Berasrama Penuh di samping amalan nilai-nilai murni.

Buku

Lambang BUKU adalah sumber ilmu kepada manusia

Tiga bulatan

TIGA BULATAN di dalam lambang buku melambangkan kokurikulum, kedua-dua nya perlu seiring dalam pembelajaran untuk membentuk individu berilmu pengetahuan dan berketrampilan dalam segala bidang.

Batu Permata

Warna merah yang berbentuk seperti Batu Permata dan warna kuning di kiri dan kanan (sebahagian besar dalam lencana) seperti menadah tangan menjadi wadah kecemerlangan yang menjadi cita-cita dan harapan warga SMSKS.

Roda Bergerigi dan Kelalang

Lambang bulatan bergerigi dan kelalang menunjukkan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi.

Simbol Warna

Merah
Biru
Kuning
Putih

Melambangkan kegigihan,keberanian dan semangat juang yang tinggi

Melambangkan keharmonian

Melambangkan Kejayaan

Melambangkan amalan nilai-nilai murni

Sejarah Logo SMSKS

Ilham Puan Faridah bersama Allahyarham Tuan Haji Khamis Bin Maarof ( Pengetua pertama KUSESS 1996)

Bermulanya Di Sini…

Pada 1 JUN 1996 saya telah bertukar ke SM SAINS KUALA SELANGOR, Bandar Malawati 45000 Kuala Selangor (KUSESS). KUSESS dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-6. Kerja-kerja awal pembinaan sekolah ini bermula pada 28hb. April 1994 dan siap pada tahun 1996. Sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di negeri Selangor. Nama singkatan KUSESS adalah berasal dari nama sekolah dalam bahasa Inggeris iaitu Kuala Selangor Science Secondary School dan diilhamkan oleh En Mohamad Rezazali Bin Ahmad Ansar Penolong Kanan HEM yang pertama.

Saya telah berkhidmat dari tahun 1990 hingga kini 2021 selama 30 tahun 9 bulan di bawah pentadbiran 10 orang pengetua iaitu : SMSS- Tuan Haji Masram Bin Mohd Som dan Tuan Haji Zubir Bin Mustapha manakala di SMSKS (KUSESS) Sehingga tahun 2021 KUSESS telah ditadbir oleh 7 orang Pengetua, iaitu bermula dengan Tuan Haji Khamis Bin Maarof, diikuti dengan Tuan Haji Ariffin Bin Abdul Rahman, Puan Rosida Binti Md Zin, Puan Che Kamaliah Binti Endut, Puan Hajah Rossminah Binti Yamin (A.M.N) , Doktor Hajah Rosnah Binti Selamat,Tuan Mohd Shahadan Bin Abd Rahman, Puan Monarazmah Binti Abd Razak dan Tuan Hj Hasan Abrar BinHalidi@Hj Halidi iaitu pengetua terkini.

Saya merupakan salah seorang dari 5 orang guru perintis dalam pembangunan KUSESS bersama pengetua pertama Allahyarham Tuan Haji Khamis Bin Maarof (bekas PK SMSS) untuk bersama menggembeling tenaga, bersatu padu membangunkan dan memartabatkan KUSESS supaya dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dalam kalangan warga SBP walaupun baru berusia setahun jagung ketika itu. Banyak kenangan indah dalam lipatan sejarah SMSS dan KUSESS yang masih segar diingatan hingga ke hari ini.

Sebagai sekolah baru dalam SBP memang bermula dari sifar. Berdasarkan keyakinan dan mandat yang diberi oleh Tuan Haji Khamis Bin Maarof atas kemahiran yang ALLAH anugerahkan kepada saya maka dengan itu bermulalah sejarah SM Sains Kuala Selangor . Saya amat bersyukur kerana telah dapat menyumbangkan khidmat bakti sepenuhnya kepada pengetua dan KUSESS dalam pelbagai aspek. Permulaan yang amat penting bermula seawal tahun 1995 semasa KUSESS masih dalam pembinaan lagi adalah menghasilkan rekabentuk LOGO sekolah atau LENCANA SEKOLAH bagi pelbagai kegunaan semua urusan rasmi dan melambangkan identiti KUSESS itu sendiri dulu,kini dan selamanya.

Idea Asal

Thumbnail Sketches yang saya hasilkan pada tahun 1995 adalah untuk mendapatkan Final Sketch LOGO/ EMBLEM SM Sains Kuala Selangor. Lakaran ini masih setia saya simpan hingga kini (hampir 26 tahun) 1995-2021 sebagai sejarah yang penuh bermakna buat KUSESS dan diri sendiri.

Kajian Warna

Lakaran ini dipilih dengan BEBERAPA penambahbaikan yang dilakukan

Penerangan Logo SMSKS

Jenis Huruf

  • SMSKS (Font Arial Black)
  • Motto : BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI (Font Arial)

Warna : Merah, Biru, Kuning dan Putih