Kemudahan

KUSESS mempunyai prasarana yang lengkap bagi memenuhi keperluan dan kehendak pendidikan semasa. KUSESS menjadi pilihan ibubapa untuk anak-anak mereka bagi mendapatkan pendidikan terbaik yang berkelas dunia.

Blok Akademik

Bangunan pentadbiran dan lokasi berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

Dewan Prima

Dewan PRIMA merupakan dewan utama bagi Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Dewan ini digunakan bagi pelbagai majlis rasmi dan juga aktiviti ilmu.

Asrama Putera & Puteri

Asrama Putera (ASPURA) & Asrama Puteri (ASPURI) merupakan bangunan asrama bagi para pelajar untuk menguruskan aktiviti harian mereka.

Dewan Makan

Bangunan dewan makan terletak diantara ASPURA dan ASPURI yang digunakan para pelajar bagi tujuan makan dan minum.

Surau Al-Ariff

Bangunan surau yang terletak di kawasan asrama. Bangunan ini digunakan bagi tujuan solat dan aktiviti kerohanian.

Padang & Gelanggang Sukan

Kawasan terluas ini digunakan semua warga KUSESS untuk tujuan rekreasi dan riadah.

Taman & Wakaf

Terdapat sekurang-kurangnya 10 taman dan wakaf kecil di sekitar kawasan sekolah.