Dengan visi untuk menjadi antara sepuluh sekolah terbaik di Malaysia, program akademik di KUSESS dilaksanakan dengan teras utama untuk memastikan pencapaian PKS, PT3 dan SPM yang cemerlang di samping mengasah minda pelajar-pelajar KUSESS dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Di KUSESS, aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan dengan sandaran untuk melahirkan pelajar dengan semangat juang yang tinggi, beriltizam, berdisiplin tinggi dengan amalan berfikir aras tinggi. Pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum yang pelbagai adalah suatu usaha dengan matlamat menjadikan KUSESS juara dalam semua bidang ko-kurikulum.
Norma dalam kehidupan di asrama yang mementingkan disiplin pelajar serta fokus kepada pembentukan rohani dan jasmani pelajar yang seimbang akan memberi nilai tambah kepada kehidupan serta diri pelajar dalam meningkatkan kualiti hidup.
Mulakan niat dengan niat yang jelas untuk mengubah nasib diri, untuk memperbaiki diri serta mencapai kecemerlangan. Tiap-tiap pengalaman yang bakal anda peroleh di KUSESS bukan hanya akan menjadi satu memori semata-mata sebaliknya akan membentuk diri anda kearah yang lebih baik demi mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum serta memperoleh nilai tambah lain dalam mencapai keseimbangan kesihatan rohani dan jasmani.