Alumni

Alumni adalah semua pelajar lepasan KUSESS dan dianggap mempunyai tanggungjawab terhadap institusi yang telah dilalui kerana gelaran ‘alumni’ itu sendiri bermaksud seseorang itu membawa nama KUSESS disepanjang kehidupan pasca sekolah. Kini alumni KUSESS mempunyai jaringan alumni seramai lebih 3400 orang di seluruh dunia.

Program-program KUASA

Papar semua program
There're no item that match your search criteria. Please try again with different keywords.

Alumni KUSESS

Barisan kepimpinan KUASA telah memperkenalkan visi dan misi yang jelas bagi persatuan.

Visi KUASA adalah untuk menjadi Alumni Sekolah Berasrama Penuh yang terbaik di Malaysia. Manakala misi KUASA pula adalah untuk memastikan persatuan alumni ditadbir secara telus,cekap dan mempunyai etika kerja yang profesional.Tonggak KUASA yg digelarkan sebagai “true kesessians” mampu memberikan bantuan yg terbaik kepada sekolah,PIBG dan semua jaringan alumni KUSESS.

Alumni KUSESS

Sejarah KUASA

Tahun 2014 mencatat penubuhan rasmi KUASA (Kuala Selangor Science Alumni) sebagai badan rasmi alumni Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Semenjak itu, sayap KUASA semakin berkembang dengan penglibatan lebih ramai alumni KUSESS.

AJK KUASA

Fungsi KUASA adalah sebagai penyokong kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta berfungsi untuk merapatkan jurang antara semua bekas pelajar dan para guru serta badan PIBG itu sendiri. KUASA ditubuhkan agar dapat memberi seberapa banyak sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.

Pencapaian Alumni

KUSESS yang terkenal dengan tradisi kecemerlangan sejak sekian lama telah melahirkan ramai alumni-alumni yg hebat dan telah mencatat nama di arena antarabangsa di dalam pelbagai bidang.Tradisi kecemerlangan berterusan walaupun telah meninggalkan alam sekolah di KUSESS.

Ahmad Fedtri Yahya

Presiden KUASA, TV Presenter

Kalau tidak kerana bintang,
tidak bulan terbit tinggi,
kalau tidak kerana sayang,
Tidak kami berkumpul di sini

Siapa yang tak sayang sekolah kan? Sayang tak? Mestilah…

Sebenarnya. Semua yang ada di KUSESS itu – manusia, bangunan, kertas, kayu, besi, angin, cahaya, air,lampu, dinding dan segala-galanya adalah memori yang terlalu bermakna.

Kalau nak tidur, tidurlah di atas tilam. Jangan tidur di atas memori dan sejarah gemilang KUSESS ini. Ayuh bangkit. Kita rencanakan sesuatu. Bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri sendiri. Self- accomplishment!

Semoga Allah berkati kita semua. Sanggar gemilang, mari kita warnakan kanvas perjuangan ini!